POLIPEN : " Polis Ligan Pencuri "

Permainan POLIPEN ini adalah singkatan kepada " Polis Ligan Pencuri ". Ia adalah permainan kad dan dadu dengan pemain boleh memilih sama ada untuk berperanan sebagai Polis ataupun Pencuri. Polis akan cuba menangkap pencuri, manakala pencuri pula akan cuba mendapatkan sekurang-kurangnya 1 per 4 daripada harta (dalam bentuk cip¹) yang terdapat di atas kad harta (property card). Apabila Polis dan Pencuri berada pada kad harta yang sama, mereka perlu bertarung "Duel" dengan mencabut kad senjata di dek. Kekalahan mengakibatkan kehilangan nyawa, -50 (nyawa asal adalah 100).

 

¹cip adalah kepingan plastik bulat dengan warna merah, hijau, biru dan kuning.


Jenis Kad POLIPEN

Kad Harta (Property Card)

Kad Harta (Property Card)
Kad Harta (Property Card)

Terdapat 20 keping kad Harta di dalam permainan POLIPEN. Walaubagaimanapun, hanya 6 kad sahaja yang akan digunakan sewaktu bermain. Kesemua kad akan dikocok aka shuffle terlebih dahulu dan 6 daripadanya dikeluarkan untuk digunakan di dalam permainan.

 

P01 Computer Lab 6500

P02 Gas Station 21500

P03 Holiday Villa 10000

P04 "Creepy" House 500

P05 Country Residence 500

P06 ATM Machine 20000

P07 School 1000

P08 Hospital 2500

P09 Hotel 1000

P10 Bungalow 1 1500

P11 Bungalow 2 1500

P12 Shopping Complex 8000

P13 Public Phone 500

P14 Food Market 1000

P15 Office 2000

P16 Car Workshop 22500

P17 Luxury Car 25000

P18 Small Bungalow 9500

P19 Creepy House 3000

P20 Fast Food Restaurant 8000


Kad Senjata (Weapon Card)

Kad Senjata (Weapon Card)
Kad Senjata (Weapon Card)

Terdapat 16 keping kad Senjata di dalam permainan POLIPEN. Kad ini digunakan apabila polis dan pencuri berada pada kad harta yang sama. Jika kad harta itu berdekatan dengan balai polis, polis akan menarik kad senjata terlebih dahulu dari dek, jika tidak, pencuri yang akan menarik kad senjata terlebih dahulu. 

 

1. Knife 1-2-3 (Cake, Dagger, Rambo)

2. Stick 1-2-3 (Normal, Nail Stick, Axe)

3. Pistol 1-2-3 (with Silencer, Glog, AK47)

4. The Tanker (minus 2 Life, -200)

 

Terdapat juga 6 kad Bukan-Senjata yang menyamar sebagai kad senjata - ia adalah unsur kejutan untuk permainan, ia berfungsi untuk menghalang pertarungan daripada berlaku.

 

1. Selfie Stick [No War]

2. Cake [No War]

3. NOPE

 


Kad Utiliti (Utility Card)

Kad Utiliti (Utility Card)
Kad Utiliti (Utility Card)

Terdapat 18 keping kad Utiliti di dalam permainan POLIPEN. Kad Utiliti dicipta khusus untuk digunakan oleh Polis dan Pencuri. Kad ini dicabut dari dek setelah setiap pemain menggerakkan meeples dalam giliran masing-masing.

 

untuk Polis sahaja

Kad CCTV  

untuk dipasang dalam kad harta yang mempunyai tanda CCTV

 

Kad Polis Peronda

bergerak bersama dengan dadu roll oleh polis, rondaan semua harta yang dimainkan dalam permainan.

 

untuk Pencuri sahaja

Kad Jammer 

untuk me-neutral-kan ancaman dari CCTV

 

Kad Master Key 

pencuri memerlukan kunci ini, untuk mencuri kereta mewah (memerlukan 5 cip hijau)

 

untuk Polis dan Pencuri

Pek Kesihatan +100

Pek Kesihatan +50

 

Terdapat juga satu kad dalam dek kad Utiliti yang bertindak sebagai bom jangka, sesiapa yang mengambilnya akan kehilangan satu nyawa serta merta -100, Kaboom !